Terung ialah tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Solanaceae dan Genus Solanum. Ia berasal dari India dan Sri Langka, dan amat berkait dengan tomato dan ubi kentang. Terung biasanya digunakan sebagai sayur dalam masakan. Nama botaninya Solanum Melongena.
Pokok terung ialah pokok saka yang seringnya ditanam sebagai pokok setahun. Ia bertumbuh sehingga 40-150cm (16-57 inci) tingginya. Daunnya besar dengan lobus yang kasar. Ukurannya sehingga 10-20cm (2-4 inci) panjangnya dan 5-10cm (2-4 inci) lebarnya. Jenis-jenis separa liar adalah lebih besar dan bertumbuh sehingga 225cm (7 kaki) dengan daun yang melebihi 30cm (12inci) panjangnya dan 15cm (6 inci) panjangnya. Batang pokoknya sering berduri. Warna bunganya antara putih hingga ungu, dengan korola yang memiliki 5 lobus. Stamennya berwarna kuning. Buah tepung berisi dengan diameter yang kurang daripada 3 cm untuk pokok liar dan lebih besar lagi untuk jenis tanaman.
Dari segi jenis botani, terung dikelaskan sebagai buah beri mengandungi banyak biji kecil dan lembut. Biji itu boleh dimakan tetapi rasanya pahit kerana ia mengandungi alkaloid nikotina. Ini tidaklah hairan kerana terung ialah saudara rapat tembakau.
JENIS-JENIS TERUNG
Tungau (tetranychus) serangan hama ini di kesan pada tanaman terung menjadikan pertumbuhannya abnormal. Tunas atau daun pucuk yang diserang berubah menjadi menggerutu dan berwarna kuning. Hama ini menyerang daun dan cabang muda dengan cara menghisap cairan dalam jaringan tanaman. Sehingga daun akhirnya menjadi layu dan mati. Selain itu terdapat contoh penyebab serangan penyakit terhadap tumbuhan seperti;
1. Daun bertompok
Simpton: Daun kelihatan bertompok-tompok
Penyakit: Serangan Kulat
2. Daun Kuning
Simptom: Daun-daun kelihatan berwarna kuning
terutama di bahagian atas
Penyebab: Pokok kekurangan baja
3. Anak pokok melecur
Simptom: Batang anak pokok terung di tapak semaian
mengecut dan layu
Penyakit: Serangan kulat
JANGKA HAYAT
Terung adalah jenis tanaman yang lambat tumbuh. Berbeza dengan tanaman lain yang akan mula tumbuh selepas 3 hari semain. Pertumbuhan tanaman terung yang lambat membuktikan bahawa jenis tanaman ini adalah dari tanaman yang lambat mati. Umur terung dapat dikekalkan bergantung dari varetas yang ditanam. Tetapi secara umumnya terung dapat kekal hidup sekitar 4 bulan atau 90 hari sejak semaian.
FAKTOR KESUBURAN
1. Jenis baja
+ Baja organic adalah baja yang paling sesuai bagi tanaman sayuran. Hasil tanaman akan lebih cepat membesar dengan daun yang hijau dan lebih menyerlah dengan kelebaran daun. Disamping itu, batang tumbuhan akan menjadi lebih kuat dan dapat membekalkan cukup tenaga dan nutrient kepada tanaman. Contoh: Baja tahi ayam.
2. Biji benih yang berkualiti
+ Pemilihan biji benih penting bagi menjaga mutu tanaman terutamanya dari segi baka pokok.
3. Tanah
+ Penggunaan tanah haruslah bersesuaian dengan jenis tanaman bagi memudahkan pergerakan akar pokok untuk menyerap sumber makanan supaya dapat menjalankan aktiviti fotosintesif. Selain itu, pH tanah berkisar antara 5-6 agar pertumbuhannya optimal.
4. Cara penjagaannya
+ Setelah tanam, penyiraman dilakukan kembali setiap 3 hari sekali hingga saat berbunga. Ketika masa berbunga, penyiraman dilakukan 2 hari sekali. Namun, apabila penanaman dilakukan 2 hari pada keadaan kering, maka penyiraman dapat dilakukan lebih kerap agar tanaman tidak layu kekeringan.
+ Terung harus ditanam tidak terlalu rapat antara satu sama lain kerana akarnya memerlukan kawasan yang agak luas.
No comments:
Post a Comment